PKP: Esports KL FIFA20 tawar hadiah terkumpul RM5,000
Bernama | April 14, 2020 05:12 MYT
Siri kedua cabaran esport My Game On Stay At Home akan diadakan tidak lama lagi selepas kejayaan siri pertamanya baru-baru ini.
Kejohanan anjuran bersama Persatuan Esports Kuala Lumpur (ESKL), Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Gamesbond dan Living Mind itu turut disokong Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa selaku penaung.
Presiden ESKL Hisham Darus berkata kejohanan FIFA20 kategori konsol itu dijangka dapat menarik penyertaan antara 500 hingga 1,000 peserta dengan yuran pendaftaran sebanyak RM10.
“Bagi mengelakkan orang ramai terutama anak muda ke sana, ke sini, kejohanan ini diharapkan mampu mengisi masa terluang peminat esports terutamanya FIFA20.
“Ini salah satu langkah untuk membantu kerajaan yang menggesa orang khususnya belia agar duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali gus memutuskan rantaian COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan.
Hisham berkata kejohanan FIFA20 adalah kesinambungan daripada penganjuran Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Persatuan Sukan Eletronik Malaysia (ESM) yang dilancarkan baru-baru ini.
Selain hadiah terkumpul bernilai RM5,000, kejohanan yang boleh ditonton secara langsung di laman media sosial Gamesbond dan ESKL itu, turut menawarkan hadiah barangan eksklusif FAM dan tiket masuk ke Menara Kuala Lumpur.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Gamesbond di talian +6013 281 3963 dan +6012 517 9320 atau emel ke gamesbond.kd@gmail.com.
— BERNAMA
|
BERITA
FIFA 16 Youth Championship: Menang Sehingga RM1000 Di Hari Belia Negara!
May 11, 2016
No Comments
Read More »
E-Piala Malaysia Diumumkan Untuk FIFA 20, Kerjasama Antara MFL Dengan Gamesbond
August 14, 2019
No Comments
Read More »
Mengidam PlayStation Sejak Umur 9 Tahun – Akhirnya Menang Giveaway PlayStation 4 Dari GamesBond!
October 4, 2017
No Comments
Read More »