Jom duduk rumah main FIFA
BAGI menyokong usaha kerajaan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini, Persatuan Esports Kuala Lumpur (ESKL) dengan kerjasama Gamesbond dan Living Minds mengadakan kejohanan FIFA20 atas talian.
Menurut Presiden ESKL, Hisham Darus, kejohanan berkenaan dikenali sebagai Piala Komuniti Esports KL.
“Buat semua peminat esports khususnya permainan video FIFA di Malaysia. Inisiatif ini adalah untuk membantu para peminat sukan elektronik untuk terus bersaing secara kompetitif ketika mematuhi perintah kawalan pergerakan yang sedang dikuatkuasakan oleh kerajaan,” katanya.
Jelas Hisyam, hadiah terkumpul untuk kejohanan berkenaan ialah RM3,000 dan ia diadakan secara dua peringkat.
“Peringkat kelayakan pada 27 Mac atau dikenali sebagai kelayakan pertama. Kelayakan kedua pula pada 28 Mac manakala Grand Final 29 Mac.
“Seramai lapan orang peserta akan dipilih pada setiap peringkat kelayakan untuk terpilih ke pentas akhir. Kesemua perlawanan ini akan dijalankan secara atas talian,” katanya.
Kepada yang berminat boleh mendaftar di https://bit.ly/2U8O6HC dan sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi di laman sosial fb.com/gamesbond2015 (Facebook) dan gb_gamesbond (Instagram).
Mereka yang mempunyai sebarang kemusykilan juga boleh menghubungi Gamesbond di talian +60132813963 atau melalui aplikasi WhatApps http://www.wasap.my/60132813963.
“Ayuh bersama kekalkan minda aktif. Duduk rumah dan main FIFA sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini dilaksanakan,” kata Hisyam.