GamesBond FIFA 16 Champions Tournament: Infinite_Samorai Bawa Pulang RM1500!

Hujung minggu lepas, GamesBond telah mengadakan FIFA 16 Champions Tournament, sebuah pertandingan yang berlangsung selama dua hari – disertai 256 peserta! Ramai beb!
Pertandingan yang diadakan di markas GamesBond di Kota Damansara ini telah membawakan ramai pemain handalan FIFA 16 dari pelbagai clan – seperti Infinite, Kickers, Wckd, Syco, WTF, Prodigy, Immortal, Myfes dan BANYAK lagi!
Di akhir pertandingan, Infinite_Samorai telah mengesahkan kemenangan dan membawa pulang RM1500 selepas bertarung sengit dengan Immortal Adam! Tempat ketiga dan keempat masing-masing telah dimenangi oleh Emir dan IMegatz.
Berikut adalah senarai pemain di tempat ke-5 hinggalah ke-16:
- Robben
- Immortal Vader
- Boboyhero
- Syco_softkiller
- Syco_acabuzair
- CMG
- Kickers_vutsi
- Smurfymonyer
- Kickers_krulez
- Ex Torrez
- Prodigy Malique
- Xylluqman
Pertandingan yang berlangsung meriah selama dua hari ini telah dikuasakan dengan minuman Red Bull dan juga sokongan dari Fallout Gaming dan Shoppu.

Anda jangan tak tahu, para peserta bukan sahaja berasal dari sekitar Lembah Klang, malah ada yang datang nun jauh dari Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis! Tidak lupa juga, peserta luar negara, berasal dari Kazakhstan juga turut menyertai dan memenangi tempat ketiga! Hebat!
Anda lihatlah sendiri kemeriahan GamesBond FIFA 16 Champions Tournament 2016:












Kami di JomGaming mengucapkan tahniah kepada semua para pemenang dan syabas kepada semua peserta, penaja dan semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini khususnya dan memeriahkan lagi scene eSports di negara ini amnya.
Akhir kata, nanti kalau ada pertandingan yang happening macam ini lagi, jangan lupa jemput JomGaming! Seronok!
|
BERITA
IOI Esports FIFA21 Challenge – prizepool RM10,000 dan peluang berentap bersama Luqman “Fenrir” Haziq
FIFA 16 Youth Championship: Menang Sehingga RM1000 Di Hari Belia Negara!
#ePialaMalaysia: Jurutera 33 tahun akhirnya kecapi impian sebagai pemain e-sukan kompetitif
E-Piala Malaysia mampu mantapkan suasana kompetitif FIFA tempatan
