FIFA 16 Youth Championship: Infinite_Aramis Bawa Pulang RM1000!

Tak cukup dengan kemenangan beliau di Match Viewing Party Final Piala FA 2016, Infinite_Aramis sekali lagi membuktikan kehebatan beliau!

 

Ahad lepas, sempena Hari Belia Negara anjuran Kementerian Belia dan Sukan, GamesBond telah menganjurkan pertandingan FIFA 16 Youth Championship. Acara yang merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan memupuk bakat e-sport di kalangan belia ini menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan!

Lihat saja jumlah para peserta yang hadir! Kesemua 128 slot habis dipenuhi dengan peserta yang inginkan hadiah utama bernilai RM1000 itu! Dan semuanya berlangsung tanpa sebarang masalah – setiap peserta mempamerkan dedikasi dan disiplin masing-masing bagi menjayakan pertandingan ini!

Seperti biasa, pertandingan kali ini juga telah menarik penyertaan daripada banyak clan-clan FIFA Malaysia yang ternama seperti InfiniteKickers, WTF, Myfes, Immortal, Prodigy dan BANYAK lagi! Ramai juga yang datang kerana ingin test power dan menikmati keseronokan berlawan menentang team-team FIFA ternama ini.

Akhirnya tiba ke kemuncak pertandingan – final bagi FIFA 16 Youth Championship. Infinite_Amtuah telah bertemu Infinite_Aramis. Ternyata perlawanan sengit. Korang boleh tengok sedutan perlawanan tersebut di bawah. Maaf, kitorang hanya sempat merekod satu perlawanan sahaja. Janji korang boleh tengok skill diorang nih bermain macamana, ye tak?

Akhirnya, Infinite_Aramis berjaya merangkul kemenangan ke atas Infinite_Amtuah. Pengumuman rasmi pemenang telah diadakan dan masing-masing menerima wang tunai masing-masing beserta sijil penyertaan rasmi dari Kementerian Belia dan Sukan!

Pemenang-pemenang bagi tempat ke-4 hingga ke-8 adalah Wtf _ixz, My_fes warrior, Immortal_Vader, Infinite_Leomes dan Prodigy_Amirul A – masing-masing membawa pulang RM50 dan sijil penyertaan.

Kami dari JomGaming mengucapkan syabas kepada Gamesbond, Kementerian Belia dan Sukan; dan E-Sports Malaysia kerana telah berjaya menghasilkan satu event yang awesome ini! Lain kali jemput lagi ya!