Juara Akan Memenangi RM2,500 – Cipta Sejarah Di HISTORY Con 2017 Bersama GamesBond Hujung Minggu Ini!

HISTORY Con yang menjadi kegilaan di Filipina tahun lepas kini mendarat di Malaysia pula! Jangan ketinggalan tau!
GamesBond selaku pengurus event tournament esport telah diberi kepercayaan untuk mengadakan satu tournament FIFA 17 di HISTORY Con Malaysia 2017!

Bukan calang-calang, wang hadiah kemenangan sejumlah RM6,000 menjadi taruhan di mana pemenang-pemenang akan menerima wang hadiah berikut:
Juara: RM2,500
Naib Juara: RM1,500
Tempat Ke-3 & 4: RM500 setiap seorang
Tempat Ke-5 & 8: RM250 setiap seorang
Bukan itu sahaja, pertandingan ini juga akan menjadi peringkat kelayakan pertandingan FIFA 17 Borneo E-arena – dimana pemenang tempat 1 hingga 7 akan layak ke acara Grand Finals FIFA 17 Borneo E-Arena pada 16-17 September 2017 di Centre Point Kota Kinabalu, Sabah nanti.
Pemenang tempat 1-7 juga akan memenangi penginapan dan tiket penerbangan ke sana! Fuhh, dah dapat hadiah wang tunai, dapat penginapan dan tiket flight lagi! Memang lumayan!
HISTORY Con 2016 yang diadakan di Filipina, telah berjaya manyambut 50,000 pengunjung sepanjang 3 hari acaranya berlangsung. Pertama kali diadakan di Malaysia, HISTORY Con 2017 menampilkan suatu keunikan dengan membawa elemen sukan elektronik sebagai salah satu acara tumpuan untuk tahun ini.
HISTORY Con 2017 akan berlangsung selama 3 hari di MAEPS, Serdang dari 4 – 6 Ogos dan akan menampilkan selebriti tempatan dan luar negara seperti Harith Iskander, Aizat Amdan dan Elizabeth Tan!
Tarikh: 4th – 6th August 2017
Tempat: Maeps, Serdang
Masa: 9 am – 10 am
Info lanjut: www.historyasia.com/shows/history-con-malaysia

Bersempena dengan tema yang dicanangkan oleh pihak HISTORY Con 2017 – ‘Malaysia Makes History’, pertandingan FIFA 17 kali ini ingin mencatat rekodnya yang tersendiri dengan mengumpulkan peserta pertandingan FIFA 17 paling ramai di Malaysia!
Sehingga kini 550 peserta sudahpun mendaftar, dan GamesBond mensasarkan lebih ramai peserta untuk menyertai pertandingan ini!
Bagi memecahkan rekod ini, GamesBond menawarkan yuran penyertaan terendah iaitu sebanyak RM5 sahaja kepada semua peserta. Peserta juga akan mendapat tiket HISTORY Con bernilai RM50 lagi untuk membawa kawan ataupun insan istimewa!
Lebih menarik lagi, setiap peserta akan mendapat satu tiket percuma (bernilai RM50 untuk 3 hari) untuk diberikan kepada sesiapa yang menemani mereka.
Kepada anda yang ingin mendaftarkan diri, boleh terus klik di SINI.
|
BERITA
FIFA 21: Syarikat hartanah, IOI Property Group ingin kembang potensi anak muda dalam e-sukan
Mengidam PlayStation Sejak Umur 9 Tahun – Akhirnya Menang Giveaway PlayStation 4 Dari GamesBond!
FIFA 19: Luqman jadi pemain Malaysia pertama ke Kejohanan FUT
