Jom Sertai Pertandingan Tekken 7 Borneo E-Arena Anjuran GamesBond – Juara Dapat RM1000!
Written by Faiz Tobeng

Pemain-pemain handalan Tekken 7 yang berada di sekitar Borneo, jom sertai pertandingan Borneo E-Arena di Kota Belud, Sabah! Slot adalah terhad!
Pada 3 September ini, sebuah pertandingan Tekken 7, dianjurkan Gamesbond, yang menjanjikan hadiah lumayan akan diadakan di Sabah. 32 slot sahaja akan dibuka untuk seluruh rakyat Malaysia, jadi jangan tunggu lama-lama!
Berikut adalah butiran yang perlu korang tahu tentang pertandingan ini:
- Tarikh: 3 September 2017
- Masa: 9 pagi hingga 6 petang
- Venue: Dewan Masyarakat Tun Said Bin Keruak, Kota Belud, Sabah
- Game: Tekken 7
- Platform: PlayStation 4
- Slot: 32 pemain
- Yuran: RM5
- Hadiah kemenangan:
-Juara – RM1,000
-Naib Juara – RM500
-Tempat Ketiga – RM300
Usah lengahkan masa, korang boleh terus lakukan pendaftaran di sini.

Pada tarikh dan venue yang sama, Borneo E-Arena Qualifier 2 (FIFA 17) juga akan berlangsung. FIFA 17 Borneo E-Arena Qualifier 1 telahpun berlangsung dengan jayanya di Serdang, Selangor.
|
BERITA
Saksikan livestream pelancaran FIFA 21 bersama Gamesbond dan menang hadiah!
February 10, 2020
No Comments
Read More »
FAM disaran sebagai badan pengelola kejohanan e-sukan FIFA21 di Malaysia
January 20, 2021
No Comments
Read More »
E-Piala Malaysia Diumumkan Untuk FIFA 20, Kerjasama Antara MFL Dengan Gamesbond
August 14, 2019
No Comments
Read More »
